Roslan, Nurul Syahidah
(2024)
Penjanaan Dana Sumber Am Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Laporan tahunan majlis agama islam wilayah persekutuan (maiwp) pada tahun 2000 hingga 2019 menunjukkan bahawa pendapatan zakat di wilayah persekutuan adalah lebih tinggi berbanding dengan pendapatan sumber am. Misalnya, pada tahun 2019, jumlah pendapatan zakat maiwp adalah sebanyak rm 688.41 juta manakala jumlah pendapatan sumber am maiwp ialah rm 16.36 juta. Perbezaan antara pendapatan zakat dengan pendapatan sumber am adalah sebanyak rm 672.05 juta. Jurang yang besar di antara pendapatan zakat dengan pendapatan sumber am ini menimbulkan persoalan berikut. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Bukankah dana sumber am adalah lebih fleksibel dan berpotensi untuk dijanakan? Adakah maiwp kurang memberi tumpuan kepada penjanaan dana sumber am di wilayah persekutuan? Berdasarkan persoalan-persoalan tersebut, maka kajian ini dilakukan dengan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti asas-asas penjanaan dana sumber am baitulmal maiwp. Kedua, menganalisis penjanaan dana sumber am baitulmal maiwp. Ketiga, merumuskan penjanaan dana sumber am baitulmal maiwp yang lebih sesuai. Ketiga-tiga objektif kajian tersebut dicapai menggunakan reka bentuk kajian kualitatif asas dan data kajian ini dikumpulkan menggunakan kaedah kajian dokumen dan kaedah temu bual separa berstruktur. Temu bual separa struktur kajian ini melibatkan tujuh orang informan yang terdiri daripada pihak pengurusan maiwp, pengurusan jawhar dan ahli akademik.
Actions (login required)
 |
View Item |