Pencirian Dosimetri Pendarkilau Kaca Zink Borosilikat Didop Dengan Neodimium Trioksida

Shariff, Hanisha Mohd (2024) Pencirian Dosimetri Pendarkilau Kaca Zink Borosilikat Didop Dengan Neodimium Trioksida. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (590kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pencirian pada komposisi kaca zink borosilikat didop dengan neodimium trioksida (zno-b2o3-sio2:nd2o3) yang terhasil terhadap kesesuaiannya untuk dijadikan sebagai bahan baru bagi dosimeter pendarkilau terma (tld). Silika oksida (sio2) yang digunakan telah dihasilkan dari abu sekam padi (rha) dengan ketulenan sebanyak 99.36%. Sampel tld kaca difabrikasikan dengan stokiometri komposisi (nd2o3)y [zno0.5 [(b2o3)0.4 (sio2)0.6]0.5]1-y di mana 0.01 ≤ y ≤ 0.04 mol% melalui proses pelindapan lebur pada suhu 1300 °c. Sifat amorfus kaca dianalisis menggunakan mesin pembelauan sinar-x (xrd) dengan nilai 2 theta bermula dari 5 °-100 ° dan didapati tiada sebarang pembentukan puncak kristal berlaku yang mengesahkan sifat amorfus kaca pada sampel tld kaca yang difabrikasikan. Suhu peralihan kaca (tg) bagi sampel tld kaca yang terhasil adalah diantara 369.01 °c - 371.74 °c didapati dari analisis terma menggunakan sta. Nombor atom berkesan (zeff) ditentukan dari dapatan pecahan berat oleh mesin edx dan nilai zeff sampel tld kaca yang terhasil adalah 20.44-21.60. Mesin sinar-x dan mesin pembaca tld (harshaw model 3500) digunakan untuk menentukan sifat dosimetri yang terdapat pada sampel tld kaca terhasil. Hasil dari analisis mendapati bahawa sampel tld kaca mempunyai kelinearan yang baik dengan tindakbalas tl terhadap dos. Selepas penyimpanan selama 30 hari pada suhu bilik dan di dalam bekas legap cahaya, sampel tld kaca mengalami penyusutan sebanyak 45.22% - 59.37% dari nilai asal. Sampel tld kaca juga diuji kebolehgunaan semula dengan melalui proses penyepuhlindapan,

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1 Physics (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Fizik (School of Physics) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 21 Jul 2025 06:35
Last Modified: 21 Jul 2025 06:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/62641

Actions (login required)

View Item View Item
Share