Kasim, Mohamad Rozi
(2016)
Analisis Etnografi Komunikasi, Hubungan Kekerabatan
Dan Domain Penggunaan Bahasa Jakun.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Tesis ini membincangkan bahasa Jakun yang dituturkan oleh Orang Asli Jakun di dua
buah perkampungan Orang Asli Jakun di Mukim Kahang, iaitu di Kampung Seri
Kenangan dan Kampung Punjut. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan
etnografi komunikasi bahasa Jakun; menentukan hubungan kekerabatan bahasa Jakun
dengan bahasa Melayu; dan menganalisis penggunaan bahasa Jakun dalam domain
penggunaan bahasa terpilih komuniti Jakun. Informan kajian ini ialah Orang Asli
Jakun. Data etnografi komunikasi dipungut menerusi temu bual terhadap 20 orang
informan. Data 200 kosa kata bahasa Jakun untuk analisis perbandingan dengan kosa
kata bahasa Melayu dipungut menerusi temu bual terhadap 20 orang informan.
Borang soal selidik yang melibatkan 60 orang informan Jakun pula digunakan untuk
mendapatkan data penggunaan bahasa Jakun dalam lima buah domain terpilih.
Deskripsi etnografi komunikasi bahasa Jakun dalam kajian ini menggunakan
kerangka teori S.P.E.A.K.l.N.G. saranan Dell Hymes (1964). Kerangka teori
S.P.E.A.K.l.N.G. ini digunakan untuk menghuraikan peristiwa komunikasi Jan latar
belakang Orang Asli Jakun.
Actions (login required)
 |
View Item |