Marhalim, Siti Zulaiha
(2016)
The effect of various pm a concentrations on the
differentiation of u937 cells.
Project Report.
Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Sei U937 diperoleh daripada pesakit limfoma ‘histiositik’ lelaki yang berumur 37 tahun.
Sel-sel ini telah digunakan secara meluas sebagai model 'in vitro ’ kerana ia dapat
mengekalkan semua ciri ‘monoblastik’ daripada monosit, termasuk keupayaan untuk
berubah kepada makrofaj selepas dirangsang dengan phorbol-12-myristate 13-asetat
(PMA). Kajian sebelum ini menyatakan bahawa , sei yang berubah menjadi makrofaj
akan sepenuhnya bertukar dan memperoleh ciri-ciri dan mempamerkan pelbagai sifat
makrofaj yang tipikal. Kajian ini, bertujuan untuk mencari kepekatan antibodi antiCD
14 optimum untuk melabelkan sei U937, menilai daya maju sei dengan
menggunakan Trypan biru dan mengkaji pengekspresan pertumbuhan sei CD 14, CD11
dan HLA-DR pada permukaan sei selepas dirangsang dengan PMA. Sel-sel U937 telah
dikultur dalam media ‘Roswell Institut Memorial Park’ lengkap (RPMI-1640) dan
ditinggalkan dalam inkubator yang mengandungi 5% CO2 pada 37°C. Sel-sel U937
yang matang (2 x 106 sei / ml) dikulturkan dalam bekas yang mengandungi 24 lubang
kecil dengan ketiadaan atau kehadiran 10 ng/ml dan 100 ng/ml PMA, LPS dan IL-4
selama 0, 24 dan 48 jam. Permukaan sei dinilai dalam cecair atas menggunakan
antibodi anti-CD14, anti-CDllb dan anti-HLA-DR oleh flow cytometri. Kajian
menunjukkan bahawa pengekspresan CD 14, CDllb dan HLA-DR di permukaan sei
boleh di kesan melalui sitometer. Penemuan ini menunjukkan bahawa sei U937 boleh
berubah ke dalam makrofaj terhadap rangsangan.
Actions (login required)
 |
View Item |