Kajian Kes Penggunaan Konsep Permainan Dalam Pengajaran Seni Muzik Kepada Pelajar Kelas Sepuluh Di Sekolah Menengah Atas Deli Murni Sibolangit Indonesia: Gabungan Dan Adaptasi Teori Permainan Kooperatif Parten Dan Teori Kontraktivisme Vygotsky

Nababan, Rebecca Octary Rossy (2015) Kajian Kes Penggunaan Konsep Permainan Dalam Pengajaran Seni Muzik Kepada Pelajar Kelas Sepuluh Di Sekolah Menengah Atas Deli Murni Sibolangit Indonesia: Gabungan Dan Adaptasi Teori Permainan Kooperatif Parten Dan Teori Kontraktivisme Vygotsky. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (21MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membentuk pelan pengajaran seni muzik kelas kesepuluh sekolah menengah atas dengan menggunakan pendekatan permainan untuk membantu pelajar dalam belajar unsur - unsur muzik. Adapun pelan pengajaran itu adalah berdasarkan Kurikulum Berbasis Kompetensi yang disyorkan oleh kerajaan. Kajian ini dijalankan untuk membentuk dua puluh pelan pengajaran terhadap pelajar yang berumur 15 - 17 tahun di Sekolah Menengah Atas Deli Murni, Indonesia. Teori Permainan Kooperatif oleh Parten dan Scaffolding oleh Vygotsky disesuaikan dan diadaptasikan ke dalam pelan pengajaran ini. Kedua teori tersebut telah menghasilkan satu set pelan pengajaran yang membantu pelajar memahami dan menghayati konsep ritrna dan tangga nada dalam proses pembelajaran muzik. Terdapat tiga jenis ujian dalam kajian ini. Pertama, ujian Pra melibatkan kajian literasi, temu bual dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua, ujian rintis yang akan dikendalikan untuk menguji keberkesanan prosedur - prosedur pengajaran, bahan - bahan yang digunakan dan permainan yang disesuaikan. Selepas menjalankan ujian rintis, perubahan dan penambahbaikan pelan pengajaran dilakukan, manakala ujian sebenar dibentuk setelah pengubahan pelan pengajaran. Adapun yang menjadi penilai dalam kajian ini adalah pengkaji dan guru asal sebenarnya. Nilai korelasi untuk setiap penilaian yang dijalankan adalah dalam rangkaian sederhana dan tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 28 May 2025 02:06
Last Modified: 28 May 2025 02:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/62359

Actions (login required)

View Item View Item
Share