Aziz, Muhammad Aslam Abdul
(2024)
Kesedaran Dalam Kecerdasan Buatan: Kajian Dari Perspektif Ibn Sina.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Menjelang abad ke-21, selari dengan revolusi perindustrian keempat, kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) merupakan teknologi dominan dan diketahui umum yang sering digunakan dalam pelbagai sektor seperti sektor perkilangan, elektronik dan kejuruteraan. AI merupakan sebuah teknologi yang berupaya melakukan tugasan manusia tanpa manusia. Contohnya, penciptaan dan penggunaan kereta swapandu. Ramai yang memperoleh manfaat daripada penggunaan teknologi tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat satu permasalahan yang penting untuk dikaji iaitu unsur kesedaran. Hal ini kerana, unsur kesedaran adalah antara unsur dominan yang membezakan AI dengan manusia. Sungguhpun begitu, perbincangan berkaitan unsur kesedaran AI ini banyak dibincangkan oleh sarjana Barat. Namun, perbincangan berkaitan kesedaran AI ini kurang dibincangkan terutamanya dari perspektif falsafah Islam. Maka, berdasarkan permasalahan ini, suatu kajian berkaitannya perlu dilakukan dari sudut kerangka falsafah Islam yang boleh dilihat dari aspek pemikiran tokoh falsafah Islam terpilih. Dalam kajian ini, tumpuan diberikan kepada Ibn Sina. Justeru, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, memahami konsep kesedaran menurut Ibn Sina; kedua, mengenal pasti konsep kesedaran dalam kecerdasan buatan; dan ketiga, menganalisis kesedaran dalam kecerdasan buatan dari perspektif Ibn Sina. Kajian ini dilakukan melalui kajian kualitatif dengan memfokuskan kepada data yang diperoleh daripada kajian kepustakaan yang dikelompokkan kepada data primer dan data sekunder.
Actions (login required)
 |
View Item |