Penggunaan Penciptaan Seni Bersama Dalam Keterlibatan Komuniti Untuk Meningkatkan Kualiti Kesejahteraan Sosial

Mat, Mohamad Faizuan (2024) Penggunaan Penciptaan Seni Bersama Dalam Keterlibatan Komuniti Untuk Meningkatkan Kualiti Kesejahteraan Sosial. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (317kB) | Preview

Abstract

Projek seni komuniti telah banyak dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk institusi awam, organisasi bukan kerajaan, kolektif seni dan individu. Walaupun begitu, kaedah dan modul pelaksanaan serta aspek penilaian projek keterlibatan komuniti ini masih lagi kabur dan membingungkan. Lantaran itu, projek-projek seni komuniti terdahulu tidak menawarkan maklumat, pengetahuan dan bukti terhadap manfaat yang telah diraih oleh komuniti. Pembuktian yang definitif terhadap manfaat yang diraih oleh komuniti perlu dipersembahkan untuk membina pengetahuan seni. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka teori penciptaan seni bersama dengan keterlibatan komuniti untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan sosial. Projek penciptaan seni bersama dijalankan di dua lokasi terpilih iaitu Kampung Muhibbah dan Kampung Bako, Kuching, Sarawak yang telah melibatkan 60 orang peserta. Projek penciptaan seni bersama ini dilaksanakan dengan menerapkan aktiviti seni seperti penghasilan arca daripada bahan kitar semula, fotografi dan video telefon pintar.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 23 May 2025 01:47
Last Modified: 23 May 2025 01:47
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/62278

Actions (login required)

View Item View Item
Share