Rahim, Haris Abadi Abdul
(2024)
Panggung Memori : Ekspresi Sezaman Pohon Beringin Melalui Eksplorasi Animasi Gelungan.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini adalah suatu usaha untuk menghasilkan interpretasi-interpretasi
baru daripada sebuah subjek seni tradisional Melayu iaitu Pohon Beringin melalui
pendekatan praktis studio. Walaupun berbeza dari watak-watak wayang kulit yang
lebih popular, kepentingan Pohon Beringin dalam sesebuah persembahan tidak
dapat dinafikan - baik dari sudut simbolik, falsafah dan juga fungsinya. Selain itu,
bentuk dan struktur visualnya yang ikonik juga telah menjadi teras kepada
penciptaan karya-karya baharu di dalam studio. Pemilihan Pohon Beringin dalam
penerokaan ini bukan saja dibuat berdasarkan status dan falsafah simbolismenya
dalam seni animasi tradisional tempatan dan serantau, tetapi turut mengambil kira
potensi hubungkaitnya dengan bentuk animasi sezaman. Selain itu kajian ini juga
adalah satu percubaan meneroka potensi animasi gelung (loop animation) sebagai
satu medium yang ekspresif dan puitis dalam penghasilan karya seni yang bersifat
eksperimental. Didorong oleh naluri teknikal dan konsepsual, kajian ini adalah satu
inisiatif untuk mencabar kemampuan estetik animasi gelung, yang kini digunapakai
dengan meluas dalam era teknologi maklumat. Praktis studio ini dijalankan melalui
tiga fasa eksposisi. Setiap eksposisi cuba melihat variasi perkembangan praktis
melalui pendekatan teoritikal dan teknikal. Penghasilan karya-karya dalam setiap
fasa berlaku selari dengan kajian kontekstual yang berterusan, menjadikan kajian ini
sentiasa bervariasi dan berkembang secara organik. Dalam eksposisi pertama,
struktur simetri Pohon Beringin, faktor pertembungan budaya serta karakteristik dan
gaya animasi telah diberi perhatian dalam praktis.
Actions (login required)
 |
View Item |