Pemikiran Dan Perjuangan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew Dalam Dakwah Saudara Baru Dan Golongan Asnaf Di Malaysia.

Karim, Kartina Sari Abd Karim (2024) Pemikiran Dan Perjuangan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew Dalam Dakwah Saudara Baru Dan Golongan Asnaf Di Malaysia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (898kB) | Preview

Abstract

Istilah saudara baru dan golongan asnaf tidak asing lagi di Malaysia. Mereka merujuk kepada kelompok minoriti yang wajar diberikan keutamaan dalam agenda dakwah tanah air. Langkah memperkukuhkan bantuan dan bimbingan kepada mereka adalah penting sama ada dari sudut keagamaan mahupun dari aspek kelangsungan hidup. Saudara seagama harus tampil ke hadapan dan memberi sokongan penuh kepada mereka dengan apa jua cara yang boleh. Usaha dakwah yang terhad ditambah pula dengan isu kemiskinan menjadi antara persoalan yang sering dibangkitkan dalam kalangan para sarjana. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pemikiran dakwah Ebit Lew kepada saudara baru dan menganalisis perjuangan beliau dalam membantu golongan asnaf di negara kita. Pengumpulan data secara kualitatif telah disempurnakan dengan menjalankan kajian literatur dan dokumentasi maklumat daripada perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan ketokohan dakwah Ebit Lew didasari oleh latar belakang dan sejarah hidup. Pemikiran beliau banyak menjurus kepada pembangunan dakwah saudara baru sementara perjuangan beliau dalam membantu golongan asnaf dilihat sentiasa konsisten di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi. Kajian mengenai dakwah Ebit Lew akan dapat dimanfaatkan oleh para sarjana dan pengkaji dakwah pada masa hadapan bagi memastikan kewajipan berdakwah kepada saudara baru dan usaha membantu golongan asnaf di negara kita akan sentiasa berada dalam fasa kemajuan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 25 Mar 2025 06:18
Last Modified: 25 Mar 2025 06:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/62054

Actions (login required)

View Item View Item
Share