Reka Bentuk Dan Pembangunan Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (Myscore Pemulihan) Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Dan Minat Murid Pemulihan Khas

Hamzah, Reza Rasfan (2024) Reka Bentuk Dan Pembangunan Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (Myscore Pemulihan) Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Dan Minat Murid Pemulihan Khas. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (260kB) | Preview

Abstract

Kewujudan teknologi seperti multimedia interaktif dalam pengajaran telah memberikan penguasaan sesuatu pembelajaran itu lebih cepat dan berkesan. Kajian kuantitatif yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan MyScore Pemulihan terhadap murid pemulihan khas dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca kvkv, kvkvkv dan kvkkv. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji minat murid pemulihan khas dalam penggunaan MyScore Pemulihan dalam pembelajaran. Reka bentuk kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian melibatkan 30 orang guru pemulihan khas dan 30 orang murid pemulihan khas di 15 buah sekolah rendah sekitar Kulim Kedah Darul Aman. Kajian ini mengadaptasi Teori Kognitif, Teori Konstruktivisme dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer sebagai kerangka teori kajian. Model ADDIE dijadikan panduan dalam membangunkan MyScore Pemulihan dengan lima peringkat iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan responden antara ujian pra dan ujian pos iaitu sebanyak 81% (kvkv), 85% (kvkvkv) dan 86% (kvkkv) setelah menggunakan MyScore Pemulihan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa MyScore Pemulihan adalah bahan bantu mengajar yang efektif untuk digunakan dalam pembelajaran murid-murid pemulihan khas bagi menguasai kemahiran membaca.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC4001-4806.5 Children and youth with disabilities. Learning disabled children and youth
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 19 Mar 2025 08:32
Last Modified: 19 Mar 2025 08:32
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/62035

Actions (login required)

View Item View Item
Share