Salasilah Atau Tarekh Kerajaan Kedah Sebagai Sumber Pensejarahan Kedah Awal Abadke-20

Kamaruddin, Aisyah (0204) Salasilah Atau Tarekh Kerajaan Kedah Sebagai Sumber Pensejarahan Kedah Awal Abadke-20. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

Full text not available from this repository.

Abstract

Berbanding Hikayat Merong Mahawangsa (HA1M) dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ATSNK), teks Salasilah atau Tarekh Kerajaan Kedah (STKK) karangan Wan Yahya Wan Mahamad Taib pada tahun 1911 di Alor Setar seringkali diabaikan kewujudannya oleh pengkaji sejarah. Rujukan terhadap teks ini amat kurang malah kajian menyeluruh terhadap teks ini belum benar-benar dilakukan. Hal ini menyebabkan kepentingan teks ini sebagai sumber sejarah Kedah dekad pertama abad ke-20 belum benar-benar diterokai. Walhal, sumber ini amat sarat dengan maklumat tentang salasilah sultan-sultan Kedah, pembukaan negeri, peristiwa ketibaan Islam, peranan para pembesar, perkahwinan diraja, kemangkatan raja, peperangan dengan negara luar, sistem pentadbiran dan hubungan diplomatik dengan negara luar. Menariknya, berbeza dengan HMM yang banyak mencampuraduk metos dengan realiti sejarah, atau ATSNK yang melihat raja sebagai manusia yang paling sempurna, teks Salasilah atau Tarekh Kerajaan Kedah (STKK) nampaknya memilih jalan yang lebih menghampiri sifat sejarah moden berhubung dengan fakta yang dipersembahkan. Tanpa mitos, dan memilih untuk bersikap terbuka dalam pengkisahan tentang perkembangan politik dan pemerintahan di negeri itu, teks ini menggalurkan perkembangan sejarah Kedah tanpa berselindung di sebalik tabir 'daulat dan derhaka' yang menjadi landasan penceritaan dalam HMM dan ATSNK.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 07 Feb 2025 01:04
Last Modified: 07 Feb 2025 01:04
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/61678

Actions (login required)

View Item View Item
Share