Hubungan Antara Sikap, Norma Subjektif, Tanggapan Kawalan Tingkah Laku, Faktor Kontekstual, Niat Dan Kebimbangan Statistik Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Rusli, Nur Sophia (2024) Hubungan Antara Sikap, Norma Subjektif, Tanggapan Kawalan Tingkah Laku, Faktor Kontekstual, Niat Dan Kebimbangan Statistik Dalam Kalangan Pelajar Universiti. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (336kB) | Preview

Abstract

Kebimbangan statistik adalah satu masalah yang sering dialami oleh pelajar universiti semasa mempelajari statistik. Ianya bukan sahaja boleh menggangu proses pembelajaran malah boleh memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Terdapat banyak faktor yang dikaitkan dengan kebimbangan statistik termasuklah faktor disposisi, faktor situasi, dan faktor persekitaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh sikap terhadap statistik, norma subjektif, tanggapan kawalan tingkah laku, niat mempelajari statistik, kebimbangan statistik, dan faktor kontekstual dalam kalangan pelajar universiti. Perbezaan jantina bagi setiap variabel ini dianalisis menggunakan MANOVA. Manakala model hipotesis yang menerangkan tentang hubungan diantara variabel-variabel ini dengan kebimbangan statistik dianalisis menggunakan Analisis Regresi Berhirarki. Selain itu, fungsi niat mempelajari satatistik sebagai mediator serta fungsi faktor kontekstual sebagai moderator juga turut dikaji dalam kajian ini menggunakan PROCESS Makro. Terdapat enam bahagian soalan dalam soal selidik ini yang melibatkan skala Likert.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 27 Jan 2025 04:31
Last Modified: 27 Jan 2025 04:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/61460

Actions (login required)

View Item View Item
Share