Mahmud, Ab. Rahman
(1993)
Kesan Pendekatan Hayati-Amali Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Terhaadap Pemahaman Nilai Murni Dan Hubungkaitnya
Dengan Amalan Dan Sikap Di Kalangan Pelajar Tingkatan 1.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan melihat kesan pendekatan
Hayati- Amali dalam pembelajaran Bahasa Melayu terhadap
pemahaman nilai murni dan hubungkaitnya dengan amalan dan
sikap di kalangan pelajar tingkatan satu. Ia dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu kajian eksperimen dan kajian
pertalian. Secara khususnya kajian eksperimen bertujuan
untuk membanding di antara pelajar- pelajar kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan tentang pemahaman,
amalan dan sikap terhadap.nilai murni. Kajian pertalian
pula khususnya untuk melihat pertalian di antara pemahaman
dengan amalan dan sikap pelajar terhadap nilai murni.
Actions (login required)
|
View Item |