Adnan, Zaitun
(2016)
Cerita Raja Bersiong.
Project Report.
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
(Submitted)
Abstract
Kajian ini akan membandingkan huraian mengenai cerita Raja Berstong
seperti yang terdapat di dalam Hikayat Meron2 Mahawan2sa di satu pihak dan
cerita Raja Bersiong yang tersebar sebagai tradisi lisan di kalangan masyarakat di
pihak yang lain. Perbandingan akan ditumpukan kepada sejauh mana terdapat
persamaan dan perbezaan di dalam kedua-duanya. Perbincangan mengenai
persamaan akan meliputi cerita Raja Bersiong yang dikatakan suka meminum
darah dan memakan daging manusia. Akibat daripada perbuatannya itu rakyat
telah sepakat dengan pembesar negeri untuk bangun memberontak dan ini
memaksa baginda lari membawa diri. Dari segi perbezaan pula perbincangan akan
meliputi keadaan baginda semasa dikejar oleh rakyat di mana terdapat nama-nama
tempat yang dikaitkan dengan peristiwa itu seperti Baling. Pegang. Teloi. Siong dan
sebagainya.
Actions (login required)
|
View Item |