Husin, Fazilah
(1997)
Pengurusan Teater.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Penyelidikan ini menyarankan corak pengurusan yang boleh diaplikasikan oleh
sesebuah organisasi daJam mengendalikan produksi teater, daripada awal
penubuhan kumpulan hingga merealisasikan sebuah pementasan. Sebagai
sebuah organisasi yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama, dan saling
bergantung di antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu dan
kumpulan, teater memerlukan satu pendekatan pengurusan yang cekap dan
teratur. Pengaplikasian teori pengurusan dalam produksi teater telah
mendedahkan beberapa punca permasalahan yang menjadi antara faktor utama
kelemahan terutama dalam industri teater Melayu dan industri seni amnya.
Teater yang mengabungkan pelbagai elemen dan bentuk seni, sebenarnya perlu
disusun dan digabung dengan teliti dan teratur untuk menghasilkan sebuah
pementasan yang bermutu dengan jumlah khalayak yang maksimum. .
Actions (login required)
|
View Item |