Chabuk, Roseline Nana
(2012)
Faktor Ke Arah Peningkatan Kualiti Hidup Bekas Pesakit Kanser Payudara Di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Umum Sarawak.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian dalam kalangan wanita di
Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dengan lebih mendalam faktor-faktor
yang meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser payudara di negeri Sarawak. Selain itu,
kajian ini juga turut mengenal pasti bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi olch pesakit
serta peranan yang dimainkan olch pekerja sosial perubatan dalam membantu pesakit
kanser payudara. Reka bentuk kajian kualitatiftelah digunakan. Seramai 15 orang pesakit
yang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak telah ditemubual secara
mendalam dalam kajian ini. Kajian mendapati, tiga faktor utama dalam meningkatkan
kualiti hidup bekas pesakit kanser payudara adalah meliputi sokongan keluarga, pegangan
agama dan kaunseling secara individu. Manakala bentuk-bentuk cabaran yang dilalui olch
15 orang responden merangkumi aspek psikologikal, fizikal, sosial dan kewangan. Selain
itu, hasil kajianjuga menunjukkan pekerja sosial perubatan telah memainkan pelbagai
peranan seperti mendapatkan bantuan kewangan, sebagai kaunselor, penyampai
maklumat dan broker bagi membantu pesakit. Kesimpulannya, hasil penemuan kajian ini
menunjukkan bahawa pesakit kanser payudara sangat memerlukan sistem sokongan yang
berterusan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Actions (login required)
|
View Item |