Zamani, Norzalina
(2005)
Kelewatan Pengeluaran Sijil Layak
Menduduki Dan Penggantiannya Dengan
Deklarasi Dari Pihak Profesional.
Project Report.
Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Sijil Layak Menduduki (CF) merupakan satu perkara yang penting di dalam sesuatu
projek pembinaan bagi memastikan sesebuah bangunan itu selamat untuk diduduki.
Undang-Undang Kecil Bangunan Searagam (UBBL) klausa 25 menggariskan, tidak
sesiapa pun dibenarkan untuk mendiami sesebuah bangunan yang belum disahkan
Sijil Layak Menduduki. Namun kelewatan dalam meluluskan Sijil Layak Menduduki
ini telah menyebabkan, kerajaan menimbang untuk memansuhkan Sijil Layak
Menduduki ini oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan digantikan dengan deklarasi dari
pihak profesional iaitu arkitek dan jurutera yang berdaftar. Laporan kajian ini nienilai
kaitan isu kelewatan pengeluaran Sijil Layak Menduduki dan keberkesanannya yang
mana sekira ia digantikan dengan deklarasi daripada pihak profesional.
Actions (login required)
|
View Item |