Hubungan Kecerdasan Emosi, Sosial, Dan Spiritual Dengan Kepuasan Kerja Serta Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Guru Di Pahang

Zulkifli, Zaine (2023) Hubungan Kecerdasan Emosi, Sosial, Dan Spiritual Dengan Kepuasan Kerja Serta Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Guru Di Pahang. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (294kB) | Preview

Abstract

Kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019 melaporkan majoriti guru di Malaysia (69%) mempunyai tahap kesejahteraan antara rendah ke sederhana. Tahap kesejahteraan guru yang rendah boleh mempengaruhi kualiti pendidikan secara keseluruhan. Pendekatan pendidikan positif yang memfokuskan kepada elemen positif dan kesejahteraan berpotensi dalam memberi kefahaman tentang apakah aspek yang boleh meningkatkan tahap kesejahteraan guru di Malaysia. Namun begitu, kajian lepas yang menggunakan pendekatan ini masih terhad. Antara mekanisma dalam pendidikan positif yang mungkin boleh meningkatkan kepuasan kerja dan kesejahteraan adalah kekuatan diri seperti kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, dan kecerdasan spiritual. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, dan kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja. Selain itu, kajian ini juga menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan kesejahteraan guru. Peranan kepuasan kerja sebagai mediator dalam kajian ini juga diuji antara variabel kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, dan kecerdasan spiritual dengan variabel kesejahteraan. Responden kajian terdiri daripada 357 orang guru sekolah menengah di negeri Pahang. Pemilihan sekolah dan guru dibuat secara rawak mudah dengan penjanaan nombor secara rawak dalam aplikasi.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 08 May 2024 07:47
Last Modified: 08 May 2024 07:47
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60598

Actions (login required)

View Item View Item
Share