Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah, Pengupayaan Dan Autonomi Pedagogi Guru Di Sekolah Rendah

Isa, Anniliza Mohd (2022) Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah, Pengupayaan Dan Autonomi Pedagogi Guru Di Sekolah Rendah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (312kB) | Preview

Abstract

Autonomi pedagogi guru dan pengupayaan merupakan elemen utama dalam amalan pengurusan berasaskan sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap serta pengaruh amalan pengurusan berasaskan sekolah dan pengupayaan terhadap autonomi pedagogi guru sekolah rendah. Selain itu, kajian ini menganalisis pengaruh pengupayaan sebagai mediator terhadap hubungan antara amalan pengurusan berasaskan sekolah dengan autonomi autonomi pedagogi guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan dengan rekabentuk penjelasan berurutan yang dijalankan melalui dua fasa iaitu fasa kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kutipan data terdiri dari kaedah tinjauan dan temubual yang dijalankan secara atas talian menggunakan google form dan google meet. Bagi kaedah tinjauan, instrumen soal selidik yang digunakan untuk mengutip data terdiri dari empat bahagian utama iaitu demografi, autonomi pedagogi guru, amalan pengurusan berasaskan sekolah dan pengupayaan. Item bagi ketiga-tiga variabel kajian mempunyai nilai Cronbach's Alpha yang tinggi iaitu APG = .85, APBS = .92 dan pengupayaan = .84. Seramai 565 guru sekolah rendah di Sabah terlibat sebagai responden tinjauan yang telah pilih melalui persampelan rawak berstrata. Manakala 8 guru terlibat sebagai informan temu bual yang diperoleh melalui persampelan bertujuan. Data kemudian dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 25 bagi fasa kuantitatif dan Atlast.ti versi 9 bagi fasa kualitatif.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 02 May 2024 08:06
Last Modified: 02 May 2024 08:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60505

Actions (login required)

View Item View Item
Share