Abu Hassan, Almahera
(2023)
Idealisme Pembebasan Dan Pembaharuan: Suatu Kajian Teori
Humanisme Islam Ali Shari’ati Dalam Karya Terpilih Kuntowijoyo.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk memahami kecenderungan
teori humanisme Islam oleh Ali Shari’ati dalam karya sastera terpilih Kuntowijoyo. Lebih daripada itu, untuk memahami idea pembebasan dan menonjolkan idea pembaharuan dalam karya sastera terpilih Kuntowijoyo. Antara karya-karya terpilih Kuntowijoyo yang akan diberikan tumpuan dalam kajian ini terdiri daripada tiga buah novel iaitu Pasar (1994), Mantra Pejinak Ular (2000) dan Wasripin dan Satinah (2003), termasuklah drama Topeng Kayu (2001) serta kumpulan cerpen yang bertajuk Mengusir Matahari: Fabel-Fabel Politik (1999).
Actions (login required)
|
View Item |