Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar Terhadap Kualiti Kehidupan Kerja Dan Sikap Optimistik Akademik Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Vadiappan, Anpalakan (2022) Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar Terhadap Kualiti Kehidupan Kerja Dan Sikap Optimistik Akademik Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (693kB) | Preview

Abstract

Pemimpin instruksional sering dikaitkan dengan keberkesanan sekolah. Hal ini kerana, tingkah laku pemimpin instruksional mampu mempengaruhi persekitaran dan sikap kerja guru sesebuah sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksional guru besar terhadap kualiti kehidupan kerja guru dan sikap optimistik akademik guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Tanggapan sokongan organisasi turut diuji sebagai pengantara antara kepimpinan instruksional guru besar dengan kualiti kehidupan kerja guru dan sikap optimistik akademik guru. Kajian ini mengoptimumkan rekabentuk bercampur jenis penerangan berurutan. Data kajian dikumpul secara kaedah tinjauan dan temu bual separuh berstruktur. Seramai 440 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata daripada 88 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang guru berpengalaman melebihi setahun. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 27 dan SmartPLS versi 3.9. Manakala, data kualitatif, dianalisis menggunakan analisis tematik secara manual. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan kepimpinan instruksional guru besar, kualiti kehidupan kerja guru, sikap optimistik akademik guru dan tanggapan sokongan organisasi adalah pada tahap yang tinggi. Kepimpinan instruksional guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kualiti kehidupan kerja guru, sikap optimistik akademik guru dan tanggapan sokongan organisasi.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 25 Apr 2024 04:25
Last Modified: 25 Apr 2024 04:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60428

Actions (login required)

View Item View Item
Share