Harun, Abd Hadi
(2014)
Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Atas Talian Ke Atas Sikap, Pengetahuan Dan Tingkah Laku Pelajar Terhadap Tenaga Diperbaharui.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Pembelajaran Berasaskan
Projek Secara Atas Talian (e-PBP) ke atas sikap, pengetahuan dan tingkah laku pelajar
Tingkatan Empat aliran sains terhadap topik tenaga diperbaharui (TD). Kajian ini
mengaplikasikan kaedah eksperimen kuasi dengan "Reka bentuk Satu Kumpulan Ujian
Pra - Ujian Pos". Sampel kajian terdiri daripada 48 orang pelajar Tingkatan Empat yang
menerima rawatan e-PBP yang bertindak sebagai kumpulan eksperimen. Kesan e-PBP
terhadap tiga pemboleh ubah iaitu sikap terhadap TD, pengetahuan terhadap TD dan
tingkah laku terhadap TO diukur sebanyak tiga kali melalui ujian pra, ujian pos dan
ujian pos lanjutan. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan dengan menggunakan ujian
ANOYA dengan Pengukuran Berulang. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ePBP
didapati memberi kesan yang signifikan dalam meningkatkan sikap, pengetahuan
dan tingkah laku pelajar terhadap TD. Analisis kandungan e-PBP terhadap komunikasi
atas talian secara sinkroni dan asinkroni menunjukkan bahawa pelajar lebih selesa
menggunakan laman interaksi sosial web 2.0 yang disediakan dalam e-PBP bagi
melaksanakan kerja berkumpulan secara kolaboratif dalam tempoh yang lebih fleksibel.
Manakala, analisis dapatan temu bual mendapati bahawa pelajar memberi maklum balas
yang positif apabila melaksanakan kerja secara berkumpulan dalam menghasilkan
projek TD melalui penggunaan e-PBP tanpa kekangan masa.
Actions (login required)
|
View Item |