Pembangunan Dan Keberkesanan Modul Perancahan Berstruktur Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pengetahuan Dan Kemahiran Bagi Projek Mesin Larik Pelajar Politeknik

Rubani, Siti Nur Kamariah (2016) Pembangunan Dan Keberkesanan Modul Perancahan Berstruktur Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pengetahuan Dan Kemahiran Bagi Projek Mesin Larik Pelajar Politeknik. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (13MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja bagi projek mesin larik pelajar politeknik. Reka bentuk kajian adalah gabungan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek. Proses pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah menggunakan model ADDIE. Pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah berdasarkan kepada perancahan berstruktur oleh Vygotsky (1978) dan kaedah pembelajaran berasaskan projek oleh Buck Institute for Education (2013).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 17 Apr 2024 01:52
Last Modified: 17 Apr 2024 01:52
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60380

Actions (login required)

View Item View Item
Share