Tarian Pinakang Etnik Kimaragang Di Sabah: Analisis Makna Dan Falsafah

B Pangayan, Victor (2023) Tarian Pinakang Etnik Kimaragang Di Sabah: Analisis Makna Dan Falsafah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (5MB) | Preview

Abstract

Tarian Pinakang merupakan salah satu daripada tarian tradisional etnik Kimaragang yang banyak dipersembahkan di kawasan Daerah Kota Marudu, dan beberapa kawasan di Daerah Pitas, Sabah. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti dan memahami fungsi tarian ini, serta mendalami makna dan falsafah yang terkandung di dalam persembahan tarian Pinakang. Walaupun tarian Pinakang masih popular dalam kalangan etnik Kimaragang sehingga kini, namun dari segi fungsi, makna dan falsafah hidup etnik Kimaragang yang terdapat didalam koreografi persembahan tarian Pinakang kurang dihayati generasi muda etnik Kimaragang pada masa kini. Perkara seumpama ini akan mengekang dan membantut perkembangan adat, budaya dan warisan tradisional etnik Kimaragang itu sendiri dan akan hanyut dibawa arus pemodenan dan anjakan paradigma yang semakin rakus. Merujuk kepada sorotan kajian kepustakaan yang telah dijalankan, kajian ilmiah dan penulisan akademik ke atas tarian Pinakang masih begitu kurang dan terhad. Kajian ini memberi tumpuan sepenuhnya keatas fungsi, makna dan falsafah hidup etnik Kimaragang yang tersulam indah di dalam ragam gerak, koreografi, kostum serta muzik tarian Pinakang itu sendiri. Hasil kajian seumpama ini boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji akan datang, pengiat seni tari, jurulatih tarian tradisional serta generasi muda etnik Kimaragang di masa hadapan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 05 Apr 2024 03:57
Last Modified: 05 Apr 2024 03:57
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60356

Actions (login required)

View Item View Item
Share