Kajian Pematuhan Program Pengawasan Komuniti Dalam Kalangan Klien Yang Disabitkan Di Bawah Kesalahan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (Adb) 1952

Saref, Nadiah Mohd (2023) Kajian Pematuhan Program Pengawasan Komuniti Dalam Kalangan Klien Yang Disabitkan Di Bawah Kesalahan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (Adb) 1952. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (361kB) | Preview

Abstract

Pengguna dadah (atau PWUDs) yang ditangkap atas kesalahan “kecil” menggunakan dadah seperti dikesan positif untuk penggunaan amphetamine-type stimulants (ATS) boleh dipenjarakan di Malaysia. Disebabkan peningkatan kadar tangkapan tahunan yang membimbangkan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kajian jangka masa panjang ini bertujuan untuk mengenalpasti kadar pematuhan rawatan dan menilai fungsi sosial diantara responden yang telah menjalani hukuman penjara (ditahan dalam tempoh dua tahun) dan telah membayar denda mahkamah (tidak melebihi lima ribu ringgit) dibawah Seksyen 15(1)(a) dan kemudiannya diperintahkan menjalani pengawasan dalam komuniti dengan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Sejumlah 85 responden (59 klien penjara dan 26 klien mahkamah) telah direkrut dan diikuti untuk tempoh maksimum selama enam bulan. Kesemua klien dinilai menggunakan borang soal-selidik berstruktur dan separa berstruktur sepanjang kajian ini berlangsung. Majoriti responden adalah lelaki (91%, n=77/85), kebanyakan berbangsa Melayu (51%), dan 69% masih bujang. Lapan puluh peratus mempunyai sejarah penjara sebelum ini dibawah Seksyen 15(1)(a), manakala 50% (42/85) mempunyai sejarah lampau pengawasan dalam komuniti bersama AADK. Kesemua responden pernah mengguna ATS dan dadah lain menjadikan kebanyakan responden adalah polydrug user.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
Divisions: Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (Centre for Drug Research) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 02 Apr 2024 04:24
Last Modified: 02 Apr 2024 04:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60332

Actions (login required)

View Item View Item
Share