Pembinaan Ujian Diagnostik Kemahiran Proses Sains Bersepadu Tahun Lima Menggunakan Model Pengukuran Rasch

Mustafa, Nazahiyah (2023) Pembinaan Ujian Diagnostik Kemahiran Proses Sains Bersepadu Tahun Lima Menggunakan Model Pengukuran Rasch. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (318kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan ujian diagnostik untuk mengenal pasti kelemahan murid darjah lima dalam menguasai kemahiran proses sains bersepadu bagi tajuk Elektrik. Seramai 500 orang murid daripada lima daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang digunakan sebagai sampel untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah ujian diagnostik yang dibina berpandukan kepada enam pendekatan yang dicadangkan oleh Nitko dan Brookhart (2015). Instrumen kajian mengandungi 60 item yang terdiri daripada 10 item dari setiap enam pendekatan iaitu (1) profil kekuatan dan kelemahan, (2) defisit kekurangan pengetahuan prasyarat, (3) objektif pembelajaran yang tidak dikuasai, (4) kesalahan murid, (5) struktur pengetahuan murid dan (6) kompentensi penyelesaian masalah. Ujian diagnostik yang dibina terdiri daripada dua bahagian iaitu item aneka pilihan dan item respons terhad. Setiap item menguji kemahiran proses sains bersepadu dalam mata pelajaran sains bagi topik Elektik tahun lima. Pengujian kualiti item yang dibina dilakukan menggunakan perisian kerangka pengukuran Model Rasch dengan perisian WINSTEPS 3.74. Analisis menunjukkan indeks kebolehpercayaan responden adalah .86, mana kala indeks kebolehpercayaan item adalah .98. Dari sudut polariti item, julat nilai PTMEA Corr adalah di antara.17 dan .47. Dari segi keserasian data dengan ekspektasi model Rasch pula, kajian menunjukkan bahawa statistik infit dan outfit mean square (MNSQ) berada pada julat 0.79 logit dan 1.18, iaitu dalam julat yang boleh diterima.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 29 Mar 2024 07:40
Last Modified: 29 Mar 2024 07:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60303

Actions (login required)

View Item View Item
Share