Salleh, Kamariah Md
(2023)
Pengaruh Kecerdasan Emosi Sebagai
Mediator Terhadap Hubungan Antara
Kepimpinan Servant Guru Pembimbing
Dengan Stres Guru Pelatih.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Gandingan Kecerdasan Emosi guru pelatih dengan Kepimpinan Servant guru
pembimbing merupakan antara elemen yang utama dalam inisiatif menangani stres
guru pelatih semester tujuh yang sedang berpraktikum. Dalam senario era sejagat
yang berhadapan dengan isu kesihatan mental yang agak kritikal, kajian ini telah
mengupas isu stres guru pelatih dan seterusnya mencadangkan satu Model Persamaan
Struktural PLS untuk mengatasi stres yang dihadapi oleh guru pelatih amnya dan guru
pelatih IPGM secara khusus. Kerangka konsep kajian telah dibentuk berasaskan
beberapa teori dan model untuk mengkaji hubungan antara Kepimpinan Servant guru
pembimbing, Kecerdasan Emosi guru pelatih semester tujuh dan stres guru pelatih
semester tujuh yang sedang menjalani praktikum Fasa Dua. Kecerdasan Emosi telah
dicadangkan sebagai mediator dalam model HCM PLS-SEM ini. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk tinjauan keratan rentas yang
melibatkan empat instrumen iaitu soal selidik Kepimpinan Servant, Kecerdasan
Emosi, ekstrakurikulum dan stres. Kajian deskriptif ini telah dijalankan di enam
IPGM Kampus Utara dan Tengah yang melibatkan 373 guru pelatih yang dipilih
menerusi teknik persampelan rawak berstrata. Data telah dianalisis menggunakan
teknik PLS-SEM.
Actions (login required)
|
View Item |