Estetika Puisi Terpilih Karya Penyair Wanita Melayu Abad Ke-20

Wan Mohamed, Wan Siti Azahayu (2022) Estetika Puisi Terpilih Karya Penyair Wanita Melayu Abad Ke-20. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (263kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti puisi-puisi terpilih penyair wanita Melayu abad ke-20 yang diwakili oleh Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail, Zaihasra, Siti Zaleha M. Hashim dan Salmiah Ismail daripada aspek estetika atau keindahan. Kajian ini dijalankan berasaskan ciri-ciri keindahan dalam konsep keindahan Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Ciri-ciri keindahan tersebut ialah “Keindahan dalam Mengajar atau Mendidik”, “Keindahan dalam Mengungkapkan Kesedihan dan Kesusahan”, “Keindahan dalam Penceritaan”, “Keindahan dalam Rasa” dan “Keindahan yang Asli”. Bagi ciri “Keindahan dalam Rasa”, Teori Rasa Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz telah disandarkan secara khusus bagi menganalisis dan menilai kehadiran rasa indah khalayak terhadap puisi-puisi yang dihasilkan oleh penyair wanita Melayu abad ke-20. Hasil kajian mendapati bahawa puisi-puisi terpilih karya lima orang penyair wanita abad ke-20 berjaya mengungkapkan keindahan seperti mana ciri-ciri keindahan dalam konsep keindahan Teori Puitika Sastera Melayu. Keindahan ini juga lahir daripada cara penyair mengadun, mengolah dan mencerna puisi-puisi mereka dengan penggunaan bahasa yang berkesan bagi menyerlahkan keindahan puisi-puisi yang dihasilkan. Manakala, ciri “Keindahan dalam Rasa” yang disandarkan pada Teori Rasa Fenomenologi pula berjaya mengungkapkan pelbagai jenis emosi dan ekspresi rasa khalayak terhadap puisi-puisi terpilih penyair wanita Melayu abad ke-20.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 12 Mar 2024 01:59
Last Modified: 12 Mar 2024 01:59
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60130

Actions (login required)

View Item View Item
Share