Wan Mohamed, Wan Siti Azahayu
(2022)
Estetika Puisi Terpilih Karya Penyair Wanita Melayu Abad Ke-20.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti puisi-puisi terpilih
penyair wanita Melayu abad ke-20 yang diwakili oleh Zurinah Hassan, Siti Zainon
Ismail, Zaihasra, Siti Zaleha M. Hashim dan Salmiah Ismail daripada aspek estetika
atau keindahan. Kajian ini dijalankan berasaskan ciri-ciri keindahan dalam konsep
keindahan Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Ciri-ciri
keindahan tersebut ialah “Keindahan dalam Mengajar atau Mendidik”, “Keindahan
dalam Mengungkapkan Kesedihan dan Kesusahan”, “Keindahan dalam Penceritaan”,
“Keindahan dalam Rasa” dan “Keindahan yang Asli”. Bagi ciri “Keindahan dalam
Rasa”, Teori Rasa Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz telah disandarkan secara
khusus bagi menganalisis dan menilai kehadiran rasa indah khalayak terhadap
puisi-puisi yang dihasilkan oleh penyair wanita Melayu abad ke-20. Hasil kajian
mendapati bahawa puisi-puisi terpilih karya lima orang penyair wanita abad ke-20
berjaya mengungkapkan keindahan seperti mana ciri-ciri keindahan dalam konsep
keindahan Teori Puitika Sastera Melayu. Keindahan ini juga lahir daripada cara
penyair mengadun, mengolah dan mencerna puisi-puisi mereka dengan penggunaan
bahasa yang berkesan bagi menyerlahkan keindahan puisi-puisi yang dihasilkan.
Manakala, ciri “Keindahan dalam Rasa” yang disandarkan pada Teori Rasa
Fenomenologi pula berjaya mengungkapkan pelbagai jenis emosi dan ekspresi rasa
khalayak terhadap puisi-puisi terpilih penyair wanita Melayu abad ke-20.
Actions (login required)
|
View Item |