Jalaludin, Suleh Wan Kurdi
(2022)
Faktor-Faktor Penangguhan Pemelukan Islam Dalam Kalangan Mualaf Pra Syahadah: Satu Kajian Di Perkim Pulau Pinang.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor penangguhan pemelukan Islam dalam kalangan mualaf di tahap prasyahadah yang dilakukan di Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Pulau Pinang. Antara isu yang direkodkan, orang bukan Islam yang sudah berjinak dengan Islam tetapi masih tidak mahu menukarkan agamanya adalah kerana rasa bimbang. Oleh itu, penyelidikan mengenai faktor-faktor penangguhan pemelukan Islam mualaf amat signifikan dilakukan untuk mengetahui lebih lanjut sebab kebimbangan mereka. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penangguhan pemelukan Islam, kesan dari penangguhan pemelukan Islam, garis panduan yang lebih berkesan, peranan dan dokumen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) terhadap mualaf di tahap prasyahadah. Metodologi yang digunakan untuk mengenal pasti isu kajian dengan menggunakan dua bentuk kaedah kajian penyelidikan yang utama iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan bagi menentukan kerangka teori dan landasan dalam kajian ini dengan lima tema utama; i. Kajian terdahulu, ii. Sejarah perkembangan Islam, iii. Asas syariat Islam, iv. Fiqah Islam menurut empat mazhab dan pandangan ulama kontemporari dan v. Perundangan hal ehwal Islam di Malaysia. Kajian lapangan untuk menentukan kerangka konsep dengan realiti dalam kajian ini dengan memfokuskan lima aspek utama; i. Temu bual pengurusan, ii. Temu bual implementasi, iii. Temu bual mualaf, iv.
Actions (login required)
|
View Item |