Penterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat: Kajian Dari Perspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens

Kahar, Ummi Umairah (2022) Penterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat: Kajian Dari Perspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (562kB) | Preview

Abstract

Kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat secara tidak langsung telah memberi anjakan paradigma kepada bidang pengajian penterjemahan. Aktiviti terjemahan masa kini yang melibatkan terjemahan kolaboratif dalam talian telah memberi peluang kepada aktiviti terjemahan berasaskan khalayak dan penyarikataan peminat untuk dilaksanakan. Penterjemahan berasaskan khalayak boleh disertai oleh golongan penterjemah profesional dan penterjemah bukan profesional seperti golongan peminat, penggemar dan masyarakat umum (Sosoni, 2017). Penyarikataan peminat pula merujuk kepada terjemahan audiovisual yang berpegang kepada konsep ‘oleh peminat kepada peminat’ (Spolidorio, 2017). Produk terjemahan kedua-dua aktiviti ini kemudiaannya boleh diakses oleh audiens (pengguna akhir), melalui media sosial atau platform digital secara percuma. Malahan dengan kemudahan teknologi, industri hiburan dari negara Korea Selatan telah melonjak naik (Fuhr, 2015). Oleh hal yang demikian, golongan peminat Korea turut menyumbang khidmat sebagai penterjemah khalayak dan penyari kata peminat yang menghasilkan terjemahan bersumberkan konteks negara Korea dalam pasangan bahasa Koreabahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 11 Mar 2024 04:24
Last Modified: 11 Mar 2024 04:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60104

Actions (login required)

View Item View Item
Share