Permodelan Ruang Masa Penyakit Tuberkulosis Di Pulau Pinang

Ariffin, Nur Afiqah (2022) Permodelan Ruang Masa Penyakit Tuberkulosis Di Pulau Pinang. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (819kB) | Preview

Abstract

Di Malaysia, trend kes tibi menunjukkan peningkatan saban tahun. Trend kes tibi di Pulau Pinang turut menunjukkan trend meningkat sejak tahun 2011. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan pemodelan ruang masa penyakit tibi dengan mengkaji taburan ruangan kes tibi dan perkaitannya dengan demografi dan faktor persekitaran di mukim Pulau Pinang. Data kes tibi lima tahun kajian (tahun 2013 hingga tahun 2017) berjumlah sebanyak 6,539 kes tibi yang merangkumi data umur, jantina, kumpulan etnik dan populasi imigran (bukan warganegara) diperolehi daripada Unit TB/Kusta Jabatan Negeri Pulau Pinang. Manakala data isi rumah, jumlah tempat kediaman dan kepadatan penduduk diperolehi daripada data banci 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kaedah lokasi ciri pusat, bujuran sisihan piawai (standard deviation ellipse), Indeks Moran, statistik Getis-ord Gi*, dan pengesanan space-time poisson model digunapakai untuk mengenal pasti taburan ruangan dan ruang-masa kes tibi. Ordinary least squares (OLS) dan Geographically Weighted Regression (GWR) digunakan untuk menentukan hubungan faktor antara pembolehubah dalam ruangan demografi dan persekitaran dengan kes tibi. Analisis autokorelasi ruangan menunjukkan bahawa kes tibi adalah bersifat berkelompok dan signifikan (p>0.05) bagi lima tahun kajian, sementara hasil Getis-Ord Gi* menunjukkan lokasi titik panas yang kosisten berlaku di mukim Bandaraya George Town di daerah Timur Laut.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 06 Mar 2024 01:04
Last Modified: 06 Mar 2024 01:04
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60072

Actions (login required)

View Item View Item
Share