Pengaruh Qudwah Hasanah Ibu Bapa Terhadap Akhlak Remaja Sekolah Menengah Di Kedah

Ahmad Nadzim, Noraziah (2022) Pengaruh Qudwah Hasanah Ibu Bapa Terhadap Akhlak Remaja Sekolah Menengah Di Kedah. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Ibu bapa merupakan pendidik terawal anak-anak yang berperanan sebagai pemberi contoh teladan yang baik. Namun begitu, kurangnya didikan agama dan perhatian ibu bapa dalam kehidupan berkeluarga menjadikan anak remaja mudah terdedah dengan masalah akhlak masa kini. Kelemahan ibu bapa dalam mendidik anak melalui qudwah hasanah kurang diberi perhatian. Umum mengetahui, golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang. Namun pada realitinya, pelbagai gejala sosial meruntuhkan akhlak remaja masa kini. Sehubungan itu, tujuan kajian ini untuk mengkaji pengaruh qudwah hasanah (contoh teladan yang baik) ibu bapa terhadap akhlak remaja sekolah menengah di Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan disokong oleh kaedah penyelidikan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh melalui set soal selidik melibatkan 375 remaja Tingkatan Empat sekolah menengah di Kedah. Data kualititatif iaitu temu bual diperoleh daripada enam orang subjek kajian yang dipilih berdasarkan kaedah pemilihan bertujuan. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) Version 23 bagi mendapatkan skor min, peratusan, kekerapan, korelasi dan regresi berganda. Data temu bual pula dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.0.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 06 Mar 2024 00:57
Last Modified: 06 Mar 2024 00:57
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60070

Actions (login required)

View Item View Item
Share