Ilmu pengetahuan, atitud dan praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok

Ghani, Nik Nor Haramaini Nik Abdul (2015) Ilmu pengetahuan, atitud dan praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok. Project Report. Pusat Pengajian Kesihatan. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bermatlamat untuk mengetahui hubungkait antara ilmu pengetahuan, atitud dan praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok. Salah satu aspek penting dalam pengurusan dan pemulihan pesakit strok ialah sokongan daripada keluarga. Kajian literatur barat menunjukkan kebanyakan keluarga mempunyai anggapan yang salah atau tidak tepat mengenai penyakit strok dan secara langsung mempunyai impak yang negatif terhadap proses pemulihan dan terapi pesakit. Dengan adanya pengetahuan mengenai strok, hal ini akan mempengaruhi atitud dan praktis keluarga terhadap komunikasi dan integrasi sosial pesakit serta membantu pemulihan rehabilitasi pesakit. Malangnya, sehingga kini maklumat mengenai kecelekan ilmu pengetahuan, atitud dan praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok masih kabur. Keadaan ini menjadi justifikasi kajian dilakukan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian rentas (crosssectional study). Responden dipilih berdasarkan kelayakan kriteria yang telah ditetapkan. Kajian dijalankan dalam bentuk soal selidik. Data dikumpulkan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Kaedah analisis data adalah statistik deskriptif dan ordinal regression. Keputusan menunjukkan tahap ilmu pengetahuan ahli keluarga berkaitan strok, atitud dan praktis ahli keluarga terhadap pesakit strok pada tahap yang baik. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan tiada hubungkait antara ilmu pengetahuan, atitud dan praktis ahli keluarga atau penjaga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok. Perbincangan meninjau dapatan kajian dalam konteks Malaysia.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Stroke
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA440-440.87 Study and teaching. Research
R Medicine > RC Internal medicine > RC0321 Neuroscience. Biological psychiatry. Neuropsychiatry
R Medicine > RC Internal medicine > RC666-701 Diseases of the circulatory (Cardiovascular) system
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Monograph
Depositing User: Mr Husnan Budin
Date Deposited: 08 Apr 2024 04:34
Last Modified: 08 Apr 2024 04:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/60059

Actions (login required)

View Item View Item
Share