Pembangunan Dan Keberkesanan Modul B-geo Untuk Topik Pembezaan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Kedah

Yatim, Siti Seri Kartini Mohd (2022) Pembangunan Dan Keberkesanan Modul B-geo Untuk Topik Pembezaan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Kedah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (526kB) | Preview

Abstract

Kajian ini ialah kajian pembangunan dan keberkesanan Modul B-Geo bagi meningkatkan kefahaman konseptual, kebolehan penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan mengurangkan kebimbangan belajar Matematik Tambahan dalam Topik Pembezaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Kajian ini menggunakan reka bentuk Expert Judgement Approach bagi pembangunan Modul B-Geo dan reka bentuk Kuasi Eksperimental bagi melihat keberkesanan Modul B-Geo. Seramai 118 orang pelajar dan enam orang guru Matematik Tambahan dari sekolah menengah luar bandar yang terlibat dalam sampel kajian ini. Kumpulan eksperimen (n=60) adalah kumpulan yang menerima rawatan menggunakan Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dengan Integrasi Perisian GeoGebra, manakala kumpulan kawalan (n=58) adalah kumpulan yang menerima rawatan menggunakan Pendekatan Pengajaran Konvensional (P ICT). Kajian keberkesanan dimulakan dengan ujian pra dan soal selidik pra. Setelah PdP dilaksanakan terhadap kedua-dua kumpulan selama 10 minggu, ujian pasca dan soal selidik pasca diberikan kepada pelajar. Tiga jenis instrumen kajian digunakan bagi mendapatkan data kuantitatif: Ujian Kefahaman Konseptual Topik Pembezaan (UKKTP), Ujian Penyelesaian Masalah Topik Pembezaan (UPMTP) dan Soal Selidik Efikasi Kendiri dan Kebimbangan Belajar Topik Pembezaan (SSEKK).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 21 Feb 2024 08:53
Last Modified: 21 Feb 2024 08:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59972

Actions (login required)

View Item View Item
Share