Keberkesanan Perancangan Strategik Pembangunan Pertanian Di Aceh: Suatu Penelitian Kualitatif

Effendi, Rustam (2022) Keberkesanan Perancangan Strategik Pembangunan Pertanian Di Aceh: Suatu Penelitian Kualitatif. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (587kB) | Preview

Abstract

Pertanian merupakan salah satu sektor ekonomi terpenting di Aceh. Namun, perancangan strategik pembangunan pertanian yang diamalkan oleh agensi kerajaan di Aceh dilihat masih belum berkesan meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat. Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu: mengenal pasti faktor-faktor penyebab perancangan strategik pembangunan pertanian masih belum berkesan dalam meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat Aceh; mengkaji keselarasan perancangan strategik pembangunan pertanian dengan keadaan semasa sektor pertanian di Aceh; menganalisis implementasi perancangan strategik pembangunan pertanian dalam rancangan kerja kerajaan di Aceh; dan mengenal pasti cadangan untuk penambahbaikan perancangan strategik pembangunan pertanian supaya lebih berkesan dalam meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat Aceh. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual separa berstruktur, analisis dokumen, dan pemerhatian. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Seramai 28 orang informan dipilih yang terdiri daripada ketua jabatan, setiausaha serta staf perkhidmatan di badan perancangan pembangunan dan agensi kerajaan yang menguruskan pertanian di lokasi kajian iaitu Aceh Besar dan Pidie Jaya, serta Banda Aceh sebagai pusat Kerajaan Aceh.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 26 Jan 2024 01:33
Last Modified: 26 Jan 2024 01:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59764

Actions (login required)

View Item View Item
Share