Sumbangan Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Guru-guru Geografi Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sdgs)

Said, Mohd Zaki (2022) Sumbangan Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Guru-guru Geografi Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sdgs). PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (408kB) | Preview

Abstract

Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) telah menjadi cabaran kepada bidang pendidikan. Di Malaysia, kurikulum Geografi telah berubah seiring dengan keperluan global dan menjadi cabaran baharu kepada guru-guru Geografi bagi membawa agenda SDGs ke dalam bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan tentang pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan guru-guru Geografi tentang SDGs. Seramai 252 sampel terlibat dalam kajian ini yang dipilih berdasarkan populasi guru Geografi sekolah menengah di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpulkan data. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan guru pada tahap tinggi bagi dimensi alam sekitar berbanding dimensi sosial dan ekonomi. Guru-guru bersikap positif terhadap SDG, namun dari segi aspek amalan guru menunjukkan tahap amalan tinggi bagi pendekatan berpusatkan guru atau pendekatan aktif berbanding pendekatan berpusatkan murid yang melibatkan pendekatan penyelesaian masalah kritikal dan pembelajaran dunia sebenar. Selain itu, dapatan telah membuktikan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara kumpulan guru opsyen dan bukan opsyen dalam kajian ini dan terdapat hubungan yang kuat bagi aspek pengetahuan terhadap amalan. Namun, sikap menjadi mediator bagi hubungan antara pengetahuan dan amalan yang menyokong perubahan tentang SDGs.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 22 Jan 2024 06:40
Last Modified: 22 Jan 2024 06:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59756

Actions (login required)

View Item View Item
Share