Perwatakan Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam Berdasarkan Tamthiliyyat Al-Qur’an : Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy

Yahaya, Nurul Farhana (2022) Perwatakan Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam Berdasarkan Tamthiliyyat Al-Qur’an : Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneroka salah satu gaya bahasa al-Qur’an iaitu tamthiliyyat (perumpamaan) yang mengajak manusia untuk berfikir dan membentuk perwatakan yang ideal. Persoalannya, apakah ayat-ayat tamthiliyyat yang berkaitan dengan perwatakan pelaku pembangunan? Apakah golongan-golongan yang disebutkan dalam tamthiliyyat al-Qur’an? Bagaimanakah perwatakan dari tamthiliyyat mampu membentuk perwatakan ideal pelaku PBI? Berdasarkan persoalan ini, maka kajian ini cuba mengkaji perwatakan pelaku PBI yang ideal daripada al-Qur’an. Ia dilakukan secara tafsir al-mawdu‘iy bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat yang mempunyai tamthiliyyat tentang perwatakan pelaku pembangunan dalam al-Qur’an. Kedua, menganalisis perwatakan pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat yang dikenal pasti itu. Ketiga, merumuskan perwatakan ideal pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat al-Qur’an. Bagi mencapai kesemua objektif tersebut, kajian kualitatif asas (basic qualitative) ini mengguna pakai kaedah analisis mawdu‘iy (tema atau tajuk).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP165.5 Dogma (‘Aq~’id)
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 18 Jan 2024 01:43
Last Modified: 18 Jan 2024 01:43
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59740

Actions (login required)

View Item View Item
Share