Surat Raja-Raja Dan Surat Undang-Undang: Cerminan Sosioekonomi Orang Melayu Kedah Sehingga Awal Kurun Ke-20

Saari, Haslindawati (2022) Surat Raja-Raja Dan Surat Undang-Undang: Cerminan Sosioekonomi Orang Melayu Kedah Sehingga Awal Kurun Ke-20. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (365kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan Surat Raja-Raja (SRR) dan Surat Undang-Undang (SUU) kepada pensejarahan sosioekonomi orang Melayu Kedah pada penghujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. SRR dan SUU merupakan rekod bertulis mengenai pentadbiran dan perundangan Kedah bawah pemerintahan kesultanan Melayu yang dinaungi kuasa asing iaitu Siam, kemudiannya British. Objektif kajian adalah untuk menilai kepentingan SRR dan SUU sebagai cerminan sosioekonomi orang-orang Melayu Kedah pada penghujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Selain itu, kajian ini membincangkan isu-isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang-orang Melayu akibat daripada perubahan dalam pentadbiran dan perundangan negeri. Berdasarkan SRR dan SUU, kajian ini menganalisis kegiatan jenayah dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat Melayu Kedah akibat ketidakseimbangan ekonomi di Kedah. Penyelidikan kajian ini menggunakan kaedah sejarah yang merujuk kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan tematik dalam penulisan bab. Melalui kaedah kualitatif, SRR dan SUU dijadikan sebagai sumber khusus kajian dalam aspek membincangkan sosioekonomi orang Melayu Kedah sehingga awal kurun ke-20.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 18 Dec 2023 01:29
Last Modified: 18 Dec 2023 01:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59695

Actions (login required)

View Item View Item
Share