Kajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs Menurut Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi

Mahadzir, Muhammad Latiffi (2022) Kajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs Menurut Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (539kB) | Preview

Abstract

Ibn Arabi dan Jalauddin al-Rumi masing-masing merupakan Pemikir Islam dan Penyair Sufi mistik yang terkenal di dunia Islam dan Barat. Ibn Arabi adalah gelaran kepada Muhyiddin Abu Abdullah Muhammad ibn Ali ibn Muhammad ibn al-Arabi al-Hatimi al-Ta’i. Beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Hatimi dan Ibn Arabi di Timur. Manakala di Barat beliau hanya dikenali dengan Ibn Arabi. Sementara itu, seorang lagi tokoh iaitu Maulana Jalaluddin al-Rumi. Beliau merupakan seorang Penyair Sufi mistik yang dilahirkan di Balkh. Jalaluddin al-Rumi juga diberi gelaran “Maulana”. Kedua-dua tokoh ini memberi sumbangan besar dalam bidang kejiwaan khususnya dalam menghuraikan berkaitan dengan kaedah Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Nafs) melalui pendekatan unik masing-masing. Justeru, kajian ini telah menjadikan kitab yang ditulis oleh kedua-dua tokoh iaitu Futuhat al-Makiyyah yang dikarang oleh Ibn Arabi dan kitab Mastnawi yang di tulis oleh Jalaluddin al-Rumi sebagai sumber pengkajian berkaitan Tazkiyah al-Nafs. Terdapat tiga objektif kajian di dalam penulisan ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 30 Nov 2023 02:23
Last Modified: 30 Nov 2023 02:23
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59606

Actions (login required)

View Item View Item
Share