Perkhidmatan Pengurusan Data Penerbitan: E-Publication USM

Che Jaafar, Cik Ramlah and Azmi, Noor Adilah and Mohd Napiah, Mohd Kamal and Mohamed Ghazali,, Musa (2022) Perkhidmatan Pengurusan Data Penerbitan: E-Publication USM. In: Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022, 18/8/2022, Pulai Spring, Johor Bharu. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (185kB) | Preview

Abstract

Amalan pengurusan data yang sistematik dan menyeluruh amat penting dalam sesebuah organisasi. Amalan ini harus dilaksanakan oleh semua organisasi yang menyimpan dan mempunyai pelbagai jenis data. Secara umumnya, data penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diuruskan oleh perpustakaan atau Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) secara khususnya telah diberi mandat oleh Naib Canselor untuk mengurus dan mengesahkan data penerbitan yang dihasilkan oleh penyelidik USM. Sehubungan dengan itu, Perpustakaan dengan kerjasama Pusat Ilmu Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah merancang, menyelaras dan membangunkan sistem pengesahan data penerbitan yang dikenali sebagai e-Publication. Kerjasama ini turut melibatkan Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Bahagian Sumber Manusia dan Penerbit USM dalam proses pembangunan sistem. Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk membangunkan sistem yang bersepadu dan komprehensif untuk mengurus dan menyimpan data penyelidik, data penyelidikan dan data penerbitan yang telah disahkan oleh Perpustakaan. Sistem ini juga dibangunkan untuk membantu memudahkan universiti secara amnya dan penyelidik secara khususnya dalam mengakses semula data yang dijana secara real-time, seterusnya dapat menjimatkan kos dan masa, serta ketepatan data dapat dipertingkatkan. Selain itu, sistem ini juga diharapkan menjadi sistem bersepadu yang akan membantu dalam proses kenaikan pangkat, laporan penilaian prestasi (LPP), pengauditan universiti, analisis data dan seterusnya membantu pihak atasan universiti dalam membuat keputusan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Conference or Workshop Item
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 20 Oct 2023 07:48
Last Modified: 20 Oct 2023 07:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59516

Actions (login required)

View Item View Item
Share