Profesionalisme Pustakawan Akademik Berasaskan Penjenamaan Peribadi Autentik Di Universiti Sains Malaysia

Ahmad, Rosnani and Che Jaafar, Cik Ramlah and Azmi, Nooradilah and Abu Hanipah,, Rabiahtul Adauwiyah (2022) Profesionalisme Pustakawan Akademik Berasaskan Penjenamaan Peribadi Autentik Di Universiti Sains Malaysia. In: Seminar Literasi Media dan Maklumat Kebangsaan 2022, 29/9/2022, Hotel Universiti Teknologi Mara,Shah Alamhotel Universiti Teknologi Mara,Shah Alam. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (84kB) | Preview

Abstract

Nilai teras profesionalisme bagi pustakawan akademik bermakna menyokong penyediaan perkhidmatan Perpustakaan untuk memenuhi keperluan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyelidikan serta sosial selain memainkan peranan penting ke arah pencapaian matlamat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pustakawan perlu menerapkan kriteria Penjenamaan Peribadi Autentik (Criteria of Authentic Personal Branding) dengan menilai diri secara mendalam, mengenalpasti dan menggunakan kepakaran serta kebolehan yang dimiliki dengan konsisten tanpa meniru individu lain selain cuba meminimakan persepsi negatif dan stereotaip masyarakat terhadap profesion kepustakawanan. Kini, peranan yang dimainkan oleh pustakawan akademik di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, bukan hanya tertumpu kepada perancangan, pembangunan serta pengurusan sumber dan koleksi semata-mata, sebaliknya turut berperanan sebagai konsultan, koordinator, fasilitator, kurator, teknologis, jurutera, pemudahcara dan pegawai perhubungan awam untuk organisasi. Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan pustakawan akademik di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dalam merencanakan program serta inisiatif bagi Perkhidmatan Pendidikan Pengguna & Literasi Maklumat, Perkhidmatan Rujukan & Maklumat Elektronik serta Perkhidmatan Sokongan Akademik & Penyelidikan dengan menerapkan kerangka Assocation of College and Research Libraries (ACRL) Framework for Information Literacy for Higher Education.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Conference or Workshop Item
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 20 Oct 2023 07:44
Last Modified: 20 Oct 2023 07:56
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59515

Actions (login required)

View Item View Item
Share