Filem Mat Kilau Dan Kebangkitan Konservatisme Melayu

Md Shahrudin, Mohamad Aqriel Shazwan (2022) Filem Mat Kilau Dan Kebangkitan Konservatisme Melayu. Project Report. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (175kB) | Preview

Abstract

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) menjadi fenomena dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya menjadi filem terlaris di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM96 juta. Namun, di sebalik populariti filem ini yang pecah panggung, filem ini juga dikritik daripada kerana terlalu sarat dengan mesej perkauman dan agama serta kaitan penerbitan filem ini dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konservatif seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Justeru, kajian ini akan membincangkan sama ada wujud agenda konservatisme Melayu di sebalik penerbitan filem ini dan menganalisis ideologi konservatisme Melayu yang digambarkan dalam filem ini. Teori ideologi konservatisme Melayu dan beberapa konsep lain diaplikasikan bagi membantu kajian ini. Dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual secara mendalam bersama enam orang informan dan analisis data sekunder, kajian ini mendapati bahawa filem ini padat dengan mesej-mesej konservatif yang berbaur perkauman dan agama.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Monograph
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 20 Oct 2023 07:12
Last Modified: 20 Oct 2023 07:12
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59513

Actions (login required)

View Item View Item
Share