Sebuah Analisis Mengenai Peranan Dan Kesan Gerakan Masyarakat Dalam Mengubah Landskap Politik Di Malaysia

Mohd Salleh, Muhamad Mursyid (2023) Sebuah Analisis Mengenai Peranan Dan Kesan Gerakan Masyarakat Dalam Mengubah Landskap Politik Di Malaysia. Project Report. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (238kB) | Preview

Abstract

Tesis ini bertujuan mengkaji peranan dan kesan gerakan masyarakat dalam mengubah landskap demokrasi di Malaysia yang akan diperincikan melalui Gerakan Reformasi 1998, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), dan Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) sama ada gabungan tersebut membentuk kepada perubahan landskap demokrasi di Malaysia ataupun tidak. Empat elemen yang menjadi kayu pengukur adalah ideologi, strategi, struktur dan aktor. Kajian ini juga akan memperlihatkan sama ada gerakan-gerakan ini semua dapat mengubah pola gerakan masyarakat serta mengubah landskap demokrasi di Malaysia. Di awal penulisan kajian ini diterangkan bagaimana gerakan masyarakat di Malaysia dengan mengambil panduan dari sebelum dan selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957. Seterusnya, kajian ini juga akan membahaskan keadaan sosiopolitik yang mendasari kepada ketiga-tiga gerakan tersebut dan melihat bentuk advokasi yang dilakukan dalam usaha untuk menawarkan sebuah gerakan masyarakat di Malaysia.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Monograph
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 20 Oct 2023 07:10
Last Modified: 20 Oct 2023 07:13
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59512

Actions (login required)

View Item View Item
Share