Md Rashid, Mohd Nasir and Mohd Roni, Nurul Azurah and Ibrahim, Asma Wati and Hassan Basri, Jamilah and Khadiri, Noor Anisah and Che Jaafar, Cik Ramlah and Azmi, Noor Adilah and Mohd Napiah, Mohd Kamal and Misaridin, Shahriza Fadly and Muhammadan, Lizawati and Ahmad, Rosnani
(2022)
Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan Perpustakaan Semasa Pandemik Covid-19 : Pengalaman Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.
Sekitar Perpustakaan, 53.
ISSN 0127-1172
(In Press)
Abstract
Penularan pandemik Covid-19 yang melanda pada penghujung Disember 2019 telah memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan masyarakat dunia. Ia menukar gaya hidup dan cara kerja masyarakat dalam sektor politik, sosial, dan ekonomi termasuk juga sektor pendidikan. Perpustakaan USM sebagai perpustakaan akademik yang menyokong USM selaku Universiti Penyelidikan juga perlu mengadaptasi pelbagai kaedah baharu bagi memastikan perkhidmatannya sampai kepada pengguna. Berpaksikan kepada slogan "Information at Your Doorstep", pelbagai inisiatif dan inovasi telah dilaksanakan oleh pustakawan bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan agar sentiasa berjalan lancar. Perkhidmatan pendidikan pengguna, sokongan penyelidikan, perkhidmatan perbekalan artikel dan pengurusan data penyelidikan telah ditransformasikan perkhidmatan sepenuhnya secara dalam talian. Perhubungan dan komunikasi antara perpustakaan dan pengguna juga menggunakan aplikasi dalam talian yang tersedia bagi mendekatkan dan memberi ruang penyampaian perkhidmatan secara terus kepada pengguna. Semua inisiatif dan inovasi penyampaian yang telah dilaksanakan ini tidak lain bertujuan bagi memastikan Perpustakaan USM kekal relevan di setiap masa, situasi dan keadaan.
Actions (login required)
|
View Item |