Dwi, Yuliani
(2013)
Pelaksanaan Fungsi Komuniti Di Tiga Kampung Dengan Persekitaran Sosial Budaya Yang Berbeza Suatu Kajian Kes Di Desa Cimenyan Bandung.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan tentang pelaksanaan fungsi komuniti di ketiga-tiga kampung dengan persekitaran sosial budaya yang berbeza telah disokong oleh kenyataan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan dalam mengatasi masalah kemiskinan dan
ternyata mengalami kegagalan. Antara faktor yang menjadi penyebab adalah kerana program yang dirancang kerapkali tidak mengambilkira ciri-ciri komuniti tertentu.
Ciri-ciri komuniti boleh mempengaruhi bagaimana komuniti tersebut melaksanakan fungsinya sehingga setiap ahli komuniti dapat memenuhi keperluan asasnya. Berdasarkan latar belakang tersebut, kajian ini menfokus kepada persoalan bagaimana pelaksanaan fungsi komuniti di tiga buah kampung dengan persekitaran sosial budaya yang berbeza? Tiga kampung tersebut merujuk kepada kampung yang mewakili komuniti sederhana, komuniti pertengahan, dan komuniti moden.
Actions (login required)
|
View Item |