Kajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs Menurut Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi

Mahadzi, Muhammad Latiffi (2022) Kajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs Menurut Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (543kB) | Preview

Abstract

Ibn Arabi dan Jalauddin al-Rumi masing-masing merupakan Pemikir Islam dan Penyair Sufi mistik yang terkenal di dunia Islam dan Barat. Ibn Arabi adalah gelaran kepada Muhyiddin Abu Abdullah Muhammad ibn Ali ibn Muhammad ibn al-Arabi al-Hatimi al-Ta’i. Beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Hatimi dan Ibn Arabi di Timur. Manakala di Barat beliau hanya dikenali dengan Ibn Arabi. Sementara itu, seorang lagi tokoh iaitu Maulana Jalaluddin al-Rumi. Beliau merupakan seorang Penyair Sufi mistik yang dilahirkan di Balkh. Jalaluddin al-Rumi juga diberi gelaran “Maulana”. Kedua-dua tokoh ini memberi sumbangan besar dalam bidang kejiwaan khususnya dalam menghuraikan berkaitan dengan kaedah Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Nafs) melalui pendekatan unik masing-masing. Justeru, kajian ini telah menjadikan kitab yang ditulis oleh kedua-dua tokoh iaitu Futuhat al-Makiyyah yang dikarang oleh Ibn Arabi dan kitab Mastnawi yang di tulis oleh Jalaluddin al-Rumi sebagai sumber pengkajian berkaitan Tazkiyah al-Nafs. Terdapat tiga objektif kajian di dalam penulisan ini. Pertama, mengenalpasti konsep Tazkiyah al-Nafs menurut ilmuwan Islam. Kedua, membandingkan konsep Tazkiyah al-Nafs menurut Ibn Arabi dan Jalaluddin al-Rumi. Ketiga, merumuskan konsep Tazkiyah al-Nafs Ibn Arabi dan Jalaluddin al-Rumi. Penyelidikan ini merupakan kajian deskriptif. Metod pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah perpustakaan berasaskan kepada kitab yang ditulis oleh kedua-dua tokoh tersebut. Analisis kajian menggunakan kaedah deduktif, induktif dan komparatif.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LA History of education > LA410-2284 Other regions or countries
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 15 Sep 2023 07:37
Last Modified: 15 Sep 2023 07:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59400

Actions (login required)

View Item View Item
Share