Ahmad, Mazlan
(2022)
Penterjemahan Perkataan
Berunsurkan Budaya Dalam Buku
Bergambar Puisi Kanak-kanak Bijak Si
Katak Bijak Ke Dalam Bahasa Jepun.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Perkataan berunsurkan budaya seringkali memberikan cabaran dan menguji
kreativiti penterjemah dalam menyempurnakan tugasan menyampaikan mesej teks
sumber ke teks sasaran. Cabaran ini ditambah lagi dengan kehadiran elemen visual
yang perlu diambil perhatian oleh penterjemah dalam menterjemahkan perkataan
berunsurkan budaya. Justeru itu, kajian ini bertujuan menyenaraikan dan
mengklasifikasikan perkataan berunsurkan budaya, mengenal pasti cara penterjemah
menterjemahkan perkataan berunsurkan budaya, dan meneliti hubungan elemen verbal
dengan visual dalam mempengaruhi cara penterjemah mengendalikan penterjemahan
perkataan berunsurkan budaya. Kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada
perkataan berunsurkan budaya yang terkandung dalam teks buku bergambar kanakkanak
nukilan Siti Zainon Ismail, iaitu Bijak Si Katak Bijak yang telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Jepun. Selain itu, pendekatan berbentuk kualitatif dengan
mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dimanfaatkan dalam menjalankan kajian
ini. Sebanyak 179 (11%) perkataan berunsurkan budaya daripada 1671 perkataan
dengan kekerapan sebanyak 282 telah dikenal pasti dan disenaraikan oleh pengkaji
berdasarkan definisi dan klasifikasi oleh
Actions (login required)
|
View Item |