Pandangan, Amalan Dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Aktiviti Bermain Dalam Komponen Sains Awal

Rasid, Norhailee Abdul (2022) Pandangan, Amalan Dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Aktiviti Bermain Dalam Komponen Sains Awal. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (416kB) | Preview

Abstract

Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah termaktub dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017, iaitu selepas empat tahun KBAT ditransformasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan, mengenalpasti amalan dan cabaran guru prasekolah terhadap penerapan KBAT melalui aktiviti bermain dalam komponen Sains Awal. Kajian yang berpaksikan pada pendekatan kualitatif pelbagai kes, melibatkan tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di bawah KPM di negeri Pulau Pinang. Pemilihan peserta kajian adalah secara persampelan bertujuan. Proses pengumpulan data direalisasikan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data kualitatif menggunakan perisian Atlasti Versi-8. Dapatan menunjukkan bahawa keseluruhan peserta kajian memberi pandangan yang positif terhadap amalan penerapan KBAT melalui aktiviti bermain dalam komponen Sains Awal. Amalan ini berfokuskan kepada tiga tema utama iaitu perancangan; pelaksanaan; dan penilaian ke atas PdPc guru. Para peserta kajian juga mengemukakan cabaran-cabaran yang dihadapi iaitu melibatkan guru, kanak-kanak, sumber PdPc, persekitaran bilik darjah, PPM dan ibu bapa. Oleh itu, guru dan pihak berwajib perlu berkolaborasi dan memainkan peranan bersama bagi mengaplikasikan amalan KBAT melalui aktiviti bermain, ke arah melahirkan generasi pemikir pada masa-masa akan datang.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 14 Sep 2023 08:11
Last Modified: 14 Sep 2023 08:11
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59386

Actions (login required)

View Item View Item
Share