Rasid, Norhailee Abdul
(2022)
Pandangan, Amalan Dan Cabaran Guru
Prasekolah Terhadap Penerapan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Melalui Aktiviti Bermain Dalam
Komponen Sains Awal.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah termaktub dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017, iaitu selepas
empat tahun KBAT ditransformasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan, mengenalpasti
amalan dan cabaran guru prasekolah terhadap penerapan KBAT melalui aktiviti
bermain dalam komponen Sains Awal. Kajian yang berpaksikan pada pendekatan
kualitatif pelbagai kes, melibatkan tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada
guru-guru prasekolah di bawah KPM di negeri Pulau Pinang. Pemilihan peserta kajian
adalah secara persampelan bertujuan. Proses pengumpulan data direalisasikan melalui
kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data kualitatif
menggunakan perisian Atlasti Versi-8. Dapatan menunjukkan bahawa keseluruhan
peserta kajian memberi pandangan yang positif terhadap amalan penerapan KBAT
melalui aktiviti bermain dalam komponen Sains Awal. Amalan ini berfokuskan kepada
tiga tema utama iaitu perancangan; pelaksanaan; dan penilaian ke atas PdPc guru. Para
peserta kajian juga mengemukakan cabaran-cabaran yang dihadapi iaitu melibatkan
guru, kanak-kanak, sumber PdPc, persekitaran bilik darjah, PPM dan ibu bapa. Oleh
itu, guru dan pihak berwajib perlu berkolaborasi dan memainkan peranan bersama bagi
mengaplikasikan amalan KBAT melalui aktiviti bermain, ke arah melahirkan generasi
pemikir pada masa-masa akan datang.
Actions (login required)
|
View Item |